SHAH ALAM: Seorang wanita warga India didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan membunuh suaminya bersama rakan lelaki sekerja, dua tahun lalu.
Lachhami Devi, 23, dan Varun Kumar, 30, yang memakai baju T berwarna hitam, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang juga warga India kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama telah membunuh Arshdeep Singh, 25, (warga India) di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya pada jam 1.30 pagi, 31 Oktober 2021.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad sementara Lachhami tidak diwakili peguam.
Seorang lagi tertuduh, Varun diwakili peguam, Dr Pritam Singh Doal.
Tiada ikat jamin dibenarkan dan mahkamah menetapkan 14 April depan bagi sebutan semula kes.
Pada tarikh itu juga, mahkamah akan menyediakan jurubahasa Punjabi.
Pada 4 Februari lalu, Sinar Harian melaporkan, perbuatan kejam seorang lelaki yang dipercayai membunuh suami kekasihnya dan menanam mayat mangsa di lereng bukit belakang sebuah pusat jagaan orang tua di sini Mei tahun lalu akhirnya terbongkar.
Pihak polis menerima laporan itu daripada orang awam, berkaitan pengakuan seorang lelaki warga India yang membunuh rakan senegaranya sebelum menanam mayat mangsa di lokasi tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 17 2023
Lachhami Devi (kanan) didakwa atas tuduhan membunuh suaminya manakala Varun Kumar didakwa atas tuduhan membunuh suami Lachhami dengan mayat ditemui tertanam di belakang sebuah pusat jagaan orang tua di Subang Jaya. - Gambar SINAR HARIAN
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat suaminya dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa.
'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati
Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar.
Isteri dituduh bunuh suami bersama rakan sekerja
Tertuduh didakwa membunuh Arshdeep Singh di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya pada jam 1.30 pagi, 31 Oktober 2021.
Suami dibunuh, dikerat 22 bahagian angkara curang
Kedua beranak tersebut mengaku melakukan jenayah kejam itu dan mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit.
Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung enam hari lagi
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Dhilip Nair.
Remaja bunuh suami terlepas hukuman gantung
Mahkamah Tinggi Muar mengarahkannya dipenjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Johor selepas didapati bersalah membunuh suaminya.
Bunuh: Mahkamah arah suri rumah dipantau di Hospital Permai
Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat mengarahkan seorang suri rumah yang dituduh menikam mati suaminya pada 23 Januari lalu direman sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru.
Bekas calon PRK didakwa bunuh suami, beremosi di mahkamah
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Dakwaan bunuh suami, wanita dihadap ke mahkamah
Seorang operator kilang sarung tangan didakwa di Mahkamah Majisteret Selayang hari ini, atas pertuduhan membunuh suaminya, minggu lalu.
Isteri berang bunuh suami dengan air gula mendidih
Corinna mengaku mencampurkan tiga beg gula ke dalam air panas sebelum menyiramnya ke badan Michael Baines, 80.